Headlines News :
Home » , » HOT ! Contoh2 Amalan Demokrasi Ala Pas Di Rhu Rendang Marang

HOT ! Contoh2 Amalan Demokrasi Ala Pas Di Rhu Rendang Marang

Written By tim cyber teganu on Sunday 31 March 2013 | 18:50

Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.



"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," demikian tegas Nik Aziz setahun yang lalu semasa mempomosikan demo Bersih 3.0 - Mkini 24/4/2012

Bersandarkan ketegasan Nik Aziz diatas, makanya kami ingin menyeru kepada para penganjur BERSIH supaya dapat menimbangkan dengan kadar segera kemungkinan dapat diadakan BERSIH 4.0 di Kampung Rhu Rendang, Marang ..... melainkan Nik Aziz, Haji Hadi dan kepimpinan Pas lain merasakan apa yang disebut dibawah ini masih terkandung dalam skop KEADILAN PROSES PILIHANRAYA yang selari dengan Islam -

1 - Larangan secara ancaman kekerasan kepada parti lawan dari memasang bendera atau apajua lambang parti termasuk mengedarkan apajua bentuk risalah yang tidak sehaluan dengan agenda Pas. Markas atau pusat gerakan parti lawan juga dilarang dari didirikan dan akan dirobohkan segera jika dibuat juga. KLik untuk artikel sebelum ini.

2 - Larangan secara ancaman kekerasan kepada parti lawan dari mengadakan sebarang kempen secara terbuka termasuk mengadakan ceramah. Gangguan secara provokasi terbuka akan dilancarkan jika diadakan juga.

3 - Paling besar dan paling ketara adalah tindakan PULAU-MEMULAU yang masih diamalkan secara berleluasa terhadap sesiapa saya yang menyokong parti lawan secara terbuka. Tindakan ini tidak terhad semasa musim pilihanraya tapi setiap hari selama kebencian membara dihati.

Bukan saja melibatkan orang dewasa / pengundi tapi juga seluruh keluarga termasuk kanak-kanak. Keluarga mangsa akan disisihkan dari masyarakat kampung yang rata2 merupakan sanak saudara juga. Mereka yang bukan penyokong Pas juga terpaksa akur dan pulau sama kerana takut di kenakan tindakan yang sama.

Setiap pergerakan ahli keluarga akan dipantau oleh agen2 parti dan sebarang interaksi dengan orang kampung lain akan diperhatikan dengan penuh syak wasangka. 

Kenduri kendara mereka yang dicop sebagai penyokong tegar Umno akan diboikot dan kejadian kes kematian yang tidak dikunjungi orang kampung masih berlaku. 

Walaupun kejadian pulau memulau ini sudah semakin kurang tapi ia masih berlaku dan dikhuatiri akan kembali panas semakin kita menghampiri PRU13.

4 - Pada hari mengundi rumah mereka yang dicop sebagai penyokong Umno akan diKEPONG oleh penyokong2 Pas supaya penghuni dihalang dari keluar melaksanakan tanggungjawab mengundi. Ini berlaku semasa PRU2 yang lepas. Arahan adalah supaya penyokong Pas keluar mengundi seawal mungkin supaya masa selebihnya dapat mereka guna untuk melakukan intimidasi dan provokasi bagi menghalang penyokong Umno dari keluar mengundi.

5 - Paku atau benda2 tajam akan diletakkan pada tayar2 kenderaan mereka yang dicop sebagai penyokong Umno semasa hari mengundi. Bunyi seperti lawak tapi ia pernah berlaku !

6 - Para penyokong Pas akan berkumpul beramai2 dihadapan pusat mengundi. Provokasi melampau serta cemuhan akan dilemparkan kepada mereka yang disyaki sebagai penyokong parti lawan. Pelbagai amaran akan diberikan supaya pengundi memangkah Pas.

7 - Para pemerhati dan petugas yang mewakili parti lawan akan berdepan dengan pelbagai intimidasi bertujuan menakutkan mereka dari melaksanakan tugas dengan telus.

8 - Kenderaan2 yang disyaki sebagai membawa pengundi hantu akan ditahan sewenang2nya sebelum dan semasa hari mengundi. Mykad akan dirampas bagi menghalang mereka yang disyaki sebagai pengundi hantu ini dari mengundi. 

Diatas adalah contoh2 amalan proses demokrasi ala Pas yang pernah berlaku setiap kali Pilihanraya di DUN Rhu Rendang. Seharusnya penganjur Bersih bertindak mengadakan demo Bersih 4.0 secepat mungkin bagi mendesak kerajaan masuk campur dan bertindak tegas mengembalikan nilai2 KEBEBASAN kepada para pengundi disana.

Antara cadangan yang wajar dipertimbangkan adalah dengan menempatkan pasukan keselamatan yang baru pulang dari Lahad Datu disana bagi memantau dan menjaga keselamatan orang awam dan para pengundi serta memastikan proses demokrasi berjalan secara aman dan telus.

Seperti kata Nik Aziz - "Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang"

Apakah tindakan para penyokong Pas seperti diatas dilihat sebagai berlandaskan Islam ?

Haji Hadi wajar tampil dan keluarkan kenyataan mengutuk sebarang perlakuan yang tidak menghormati hak demokrasi rakyat waima dikalangan ahli2 partinya di KAMPUNGNYA sendiri.

Saksikan apa yang pernah berlaku di Marang semasa PRU12 dulu -

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Teganu Hot