Headlines News :
Home » , » #GE13 : Transkrip Emel Pergolakkan PKR dan PAS Terengganu Pasal Kerusi - Pekeliling PKR Boikot PAS Didedahkan! #TolakPR #VoteBN

#GE13 : Transkrip Emel Pergolakkan PKR dan PAS Terengganu Pasal Kerusi - Pekeliling PKR Boikot PAS Didedahkan! #TolakPR #VoteBN

Written By tim cyber teganu on Friday 19 April 2013 | 04:52


Pembangkang kecoh mendakwa BN sedang bergelut dengan pembahagian kerusi serta menghadapi masalah calon termasuk mensensasikan semula kisah Zulkifli Nordin 10 tahun lalu bagi meraih sokongan masyarakat India.

Kata dulang paku serpih, kata BN bergolak, PKR pula yang lebih!

Penulis menerima beberapa dokumen yang berupa transkrip emel melibatkan pergolakkan dalaman di antara PKR dan PAS di Terengganu setelah rundingan berhubung pembahagian kerusi Parlimen dan DUN sehingga PKR bertindak memboikot dan mengeluarkan pekeliling membatalkan semua program berkaitan PAS.

Pekeliling bertarikh 4 Oktober 2011 itu dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR yang menyatakan program PKR di Terengganu. Nampaknya pembangkang bukan baru berhadapan masalah merebut kerusi, malah ia bergolak sejak tahun 2011.



Pergolakkan dalaman di antara PKR dan PAS ini berpunca dari sessi rundingan kerusi kerana PKR mendakwa PAS bersikap kurang ajar dan tidak menghormati parti. 

Pasukan rundingan mendakwa PAS keras kepala dan kurang ajar kerana turut mahu menuntut kembali kerusi DUN yang PKR tewas di bawah majoriti 1000.

Antara emel bertarikh 27 September 2011 pasukan rundingan yang dihantar kepada Rafizi Ramli, sebelum Rafizi bertindak memanjangkan perkara tersebut kepada Pejabat Anwar Ibrahim melalui Abdul Rahman Yusof dan di c.c kepada Azmin Ali, Wan Azizah, YB Azan, Mansor Othman, Nurul Izzah.



Dalam transkrip emel bertarikh 27 September 2011 itu gesaan agar PKR memboikot PAS turut dinyatakan dan perkara ini dibawa ke pengetahuan PKR Pusat. 

Selepas menerima aduan sikap kurang ajar PAS, PKR melalui Setiausaha Agung mereka Saifuddin Nasution mengeluarkan Pekeliling membatalkan semua program dengan PAS di Terengganu pada 4 Oktober 2011.

Selepas rundingan tersebut buntu, pada 24 April 2012 Bendahari PKR Terengganu turut menghantar emel SULIT kepada Presiden PKR Wan Azizah berhubung rundingan kerusi di negeri itu.

Apakah isi kandungan emel tersebut?

Penulis akan dedahkan bagaimana teruknya PAS di mata PKR...

Tunggu!





Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Teganu Hot