Headlines News :
Home » » Kelantan After Dark - Mengata Orang, Pas Pun Sama Kurang Lebih ....

Kelantan After Dark - Mengata Orang, Pas Pun Sama Kurang Lebih ....

Written By tim cyber teganu on Monday 1 April 2013 | 23:46


Dua hari lepas akhbar NST ada menyiarkan satu laporan khas mengenai kegiatan malam di Kelantan, khususnya sekitar Kota Bharu, Bandaraya Islam mengikut dakwaan kerajaan Pas Kelantan. Klik - 

A SHAM: Kelantan’s social fabric is being ripped apart by state govt’s apathy


Ternyata artikel NST itu telah mencabar ego Nik Aziz, dimana dengan segera telah mendapat reaksi dari MB Pas Kelantan itu. Dari SINAR -


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu pihak yang mendakwa wujudnya masalah sosial di Kelantan mengemukakan bukti termasuk lokasi dan individu terlibat.
Sambil menyifatkan laporan media sebelum ini sebagai tidak tepat dan dibuat secara umum dengan melindungi fakta dan pihak terlibat, Nik Abdul Aziz berkata, maklumat lebih terperinci penting untuk tindakan pihak berkuasa.

“Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, tampil membuat aduan, sedangkan setiap masa ada sebahagiannya mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.


“Misalnya, Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka, jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998,” katanya dipetik dari akaun Facebook beliau semalam.

Nik Abdul Aziz mengulas laporan media semalam yang mengatakan masih wujud beberapa kegiatan tidak bermoral di Kelantan antaranya membabitkan pelacuran, pengambilan dadah serta perjudian termasuk dilakukan kalangan remaja.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz mengakui Kelantan bukanlah negeri yang sempurna, namun sentiasa berusaha mengekang kegiatan tidak bermoral di negeri ini sebagaimana pengharaman premis judi, rumah urut dan penjualan minuman keras secara terbuka.

“Jika ia wujud, bermakna kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?” soalnya.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas turut menegaskan pendirian negeri yang sentiasa optimis membanteras dan tidak pernah berkompromi untuk memberi lesen untuk kegiatan haram di negeri ini.


                                                *************************

Baguslah kalau dah pandai mengaku yang Pas juga tidak sempurna. Kalau pandai memberi alasan Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui  bagi sebarang kelemahan sendiri, kenapa alasan yang sama tidak diberikan kepada kelemahan2 di negeri2 dibawah BN ?

Kalau dibaca artikel NST itu, kita dapat bayangkan kegiatan2 maksiat yang dilaporkan itu bukannya baru saja wujud cuma ia baru saja didedahkan. 

Kenapa perlu pertikaikan laporan itu yang kononnya tidak lengkap kerana tidak disertai maklumat2 terperinci tentang lokasi tempat2 yang disiasat ? 

Kerajaan Negerilah yang siasat segera ! Hubungi wartawan berkenaan dan dapatkan maklumat itu bukannya meroyan meletakkan kesalahan kepada semua orang kecuali diri sendiri. Selama ini bahagian penguatkuasaan Negeri buat apa sehingga perlu keluar pendedahan seperti ini baru nak kelam kabut ?

Apa yang penting untuk kita terima ketika ini adalah - Melalui pendedahan NST dan dari pengakuan Nik Aziz sendiri, membuktikan bahawa Pas juga LEBIHKURANG SAMA SAJA dengan Umno !

Segala janji2 dan dakwaan kononnya Pas mampu MENGHAPUSKAN segala gejala maksiat yang banyak dinegara kita sekiranya Pas memerintah hanyalah RETORIKS semata-mata. 

Buktinya di Kelantan yang Pas telah perintah lebih 22 tahun pun sama saja dengan tempat2 lain yang pemimpin2 Pas duk kutuk dalam ceramah2 mereka.

Orang kata - Mengata dulang paku serpih, mengata orang ........Pas pun sama saja kurang lebih !



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Teganu Hot