SERDANG 29 Mac - Tindakan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah menyalahkan Kerajaan
Pusat dan agensi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan
Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung
kegagalan projek pembinaan jalan utama di pekan Seri Kembangan hanya
mahu menutup kesalahan sendiri.
Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Serdang, Allan Liew Sin Kim mendakwa, tuduhan Ean Yong seolah-olah pihak terlibat enggan bekerjasama bagi menyelesaikan isu itu amat mengecewakan.
Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya mengadakan sesi dialog
bersama-sama pihak terlibat lebih awal supaya tidak timbul sebarang
masalah kemudian hari.
"Sebaliknya semua itu tidak berlakukan, sedangkan agensi terlibat
penting bagi kerja-kerja infrastruktur dan utiliti seperti pengalihan
kabel, tiang lampu serta paip bawah tanah di tapak projek tersebut,"
katanya dalam sidang akhbar bagi mendesak kerajaan negeri dan Ean Yong
memberi penjelasan berhubung projek tersebut yang gagal disiapkan
sehingga kini.
Projek naik taraf jalan utama kepada jalan sehala yang didakwa
menelan kos sebanyak RM36 juta itu telah dimulakan pada 23 Disember 2011
dan dijangka siap Mei tahun lalu.
Kegagalan projek itu disiapkan telah menyebabkan para pengguna dan
penduduk sekitar terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas yang teruk
setiap hari.
Menurut Allan, projek itu seolah-olah dibuat tanpa perancangan dan secara tergesa-gesa .
"Sebagai penduduk, mereka berhak untuk dilibatkan sama dalam sebarang
pembangunan dan mengetahui perkembangan terkini mengenainya, tetapi
dalam isu ini penduduk seolah-olah diketepikan," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau memberi tempoh tiga hari kepada Ean Yong
supaya tampil memberi penjelasan mengenai projek tersebut yang didakwa
mempunyai agenda tersembunyi selain ia turut melibatkan wang rakyat.
Katanya, jika gagal, satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Seri Kembangan, Tang Kim Loy berkata, ketiadaan sebarang papan tanda keselamatan diletakkan di sepanjang jalan turut mendedahkan pengguna kepada bahaya.
"Jika ada kemalangan jalan raya berlaku, siapa yang ingin
bertanggungjawab? Sepatutnya keselamatan perlu diutamakan bagi
melindungi para pengguna," katanya.
Cuba tutup kesalahan sendiri?
Written By tim cyber teganu on Sunday, 31 March 2013 | 00:55
Related articles
Labels:
Nasional
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !