KUANTAN: Calon PKR untuk Parlimen Indera Mahkkota, Datuk Dr Fauzi Abdul
Rahman tidak menjamin Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kerusi itu pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, tetapi berjanji untuk
bekerja keras mempertahankannya.
"Kita akan bekerja kuat, tidak
ada kawasan yang hari ini kita boleh katakan kita pasti menang 100
peratus, kalau hendak menang kita perlu kerja kuat bahawa kita adalah
alternatif kepada kerajaan yang ada hari ini.
"Jadi kita mesti
kerja kuat, kalau tidak rakyat tukar kita balik," katanya kepada
Antarapos sejurus selepas namanya diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim, sebagai calon Parlimen Indera Mahkota.
Fauzi
berkata beliau yakin dirinya diterima baik oleh pengundi kawasan itu
lantaran rekod peribadinya yang bersih dan amanah. Beliau juga akan
mempertaruhkan rekodnya sebagai Pengerusi PKR Pahang, yang sebelum ini
konsisten memperjuangkan hak asasi pengundi Parlimen itu.
"Rakyat
hendak pemimpin yang amanah, kalau PKR naik ataupun PR naik tetapi dia
tidak amanah, rakyat akan tukar balik kepada BN, jadi rakyat hendak yang
lebih amanah," katanya.
Bagaimanapun, setelah Anwar mengumumkan
namanya sebagai pengganti Azan Ismail, sekumpulan penyokong yang hadir
bertindak meng'boo' Fauzi dan berlalu meninggalkan majlis ceramah di
tapak ceramah Markaz PAS, Balok Makmur, Beserah.
Fauzi adalah bekas ahli Umno dan pernah menjadi ADUN Beserah dari tahun 1995 hingga 2004 sebelum menyertai PKR pada 2008.
"Booo...booo Datuk Fauzi Abdul Rahman..booo..." laung sekumpulan lelaki itu.
Fauzi
sebelum ini bertikam lidah dengan Setiausaha organisasi Kebangsaan DAP,
Anthony Loke Siew Fook bersabit perebutan kerusi Parlimen Bentong.
Fauzi
berkata jika DAP berminat mahu meletakkan calon di Parlimen itu, parti
dominasi Cina itu perlu menyerahkan dua kerusi DUN kepada PKR (Ketari
dan Tanah Rata) sebagai ganti.
Namun DAP enggan dan mahu meletakkan calonnya ditiga kerusi itu.
Terdahulu, DAP mengumumkan Pengerusi Himpunan hijau, Wong Tack sebagai calon kerusi Parlimen Bentong.
http://www.suara13.com/public/nasional/5890
PKR TIDAK YAKIN PERTAHAN INDERA MAHKOTA
Written By tim cyber teganu on Sunday, 31 March 2013 | 00:50
Related articles
Labels:
Nasional
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !