Headlines News :
Home » , » Manifesto Pas - Isu Tanah

Manifesto Pas - Isu Tanah

Written By tim cyber teganu on Saturday, 30 March 2013 | 22:09

Isu tanah merupakan isu favorit Pas tiap kali Pilihanraya dan tidak pernah miss untuk dijadikan Manifesto PRU Pas. Kali ni isu Tanah menjadi 2 point Manifesto awal Pas bagi PRU13, mungkin Pas tak perasan yang keduanya hampir sama atau Pas sengaja jadikan dua point untuk mencukupkan 10 point ! Mungkin no 2 adalah berkaitan tanah dan no 7 adalah berkaitan rumah .... Hampir sama tapi tak sama.

Saya difahamkan ada 2-3 tempat yang diperjuangkan Pas dalam isu tanah ini, antaranya di daerah Kemaman dan yang terbaru di Paka dan Kuala Terengganu.

Isu diKemaman adalah kesan tindakan kerajaan Pas 99-04 yang sewenang-wenangnya menjanjikan tanah kepada rakyat, mengutip fee oleh JSR bagi tujuan ukur tanah, pecah lot dan sebagainya dimana setiap nama membayar ribuan RM TAPI sudahnya masih tidak mendapat geran.

Setelah BN mengambil alih semula kerajaan, Pas mengumpulkan mereka yang terbabit dan mengadakan demo protes. Siasatan oleh kerajaan mendapati hampir semua yang memohon adalah TIDAK LAYAK malah bukti menunjukkan ramai yang bekerja professional dan bergaji ribuan RM.

Bukti tidak menunjukkan yang Pas ikhlas mahu membantu rakyat miskin memiliki tanah sendiri melainkan cuma sebagai helah untuk mengutip bayaran Proses Permohonan semata-mata.

Bagi saya, jika BENAR kerajaan meRAMPAS tanah rakyat, saya harap Pas dapat menggunakan saluran undang2 jika cukup bukti pemilikan segala. Jangan tunggu dan simpan untuk dijadikan modal kempen Pilihanraya atas kesengsaraan rakyat !



Seperti juga kes ditempat lain, jika cukup bukti, kemukakan. Jangan hanya dijadikan isu politik jalanan tapi waktu sama, perjuangkan dimahkamah. Saya sendiri akan ikut sama perjuangkan mana2 rakyat yang jelas terbukti dianiaya oleh kerajaan.

Seperti kes diKuala Terengganu sepertimana gambar di no 7 Manifesto Pas diatas, bukankah pemilik tanah kawasan terbabit diberi PAMPASAN mengikut nilai harga tanah pasaran ?

Perkataan yang digunakan dalam manifesto - RAMPAS - jelas cuba memberi gambaran yang kerajaan sekarang adalah kejam. Jika asalnya bukan milik seseorang, ia bukannya 'RAMPAS'. Jika perlu diganti dengan tanah/tapak gantian baru atau rumah penempatan baru, untuk apa diberi beri pampasan ? Difahamkan ramai penduduk yang menerima pampasan sudahpun membeli rumah lain atau tapak lain menggunakan wang pampasan.

Ramai juga yang asalnya menduduki tanah milik kerajaan, maka mereka ini tidak layak atau tidak punya hak untuk diberi pampasan namun kerajaan turut memberi bayaran EHSAN kepada mereka.

Waktu sama kerajaan turut membina blok pangsapuri Ladang Gemilang untuk disewakan kepada mereka yang mahu terus menetap dikawasan sama. Difahamkan selepas 3 tahun penduduk akan ditawarkan terma sewa-beli dan % tertentu dari sewa selama 3 tahun pertama akan dianggap sebagai sebahagian pembayaran sewa beli itu.

Jelas manifesto Pas point no 2 dan 7 berkaitan isu tanah dan isu rumah hanya bermotifkan politik semata-mata. Jika ada bukti kerajaan telah merampas hak milik rakyat, maka kemukakanlah bukti. Jangan hanya berretorik dan menabur fitnah atau menggunakan kesengsaraan rakyat ( jika ada ) untuk dipolitikkan.


 Artikel asal - KLiK
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Teganu Hot