Headlines News :
Home » , » Manifesto Pas - Pengecualian Cukai Pintu

Manifesto Pas - Pengecualian Cukai Pintu

Written By tim cyber teganu on Saturday 30 March 2013 | 22:08

Semalam saya memberi komen tentang point manifesto Pas tentang Air percuma 20 meter padu ( KLiK ) hasil perbincangan santai dengan Datuk Wan Hisham, Naib Ketua Umno Kuala Terengganu , kali ni saya nak komen tentang cadangan Pas mahu mengecualikan cukai pintu rumah pulak yang juga merupakan manifesto awal Pas bagi PRU13.

Soal Cukai Pintu ni .... sebelum apa-apa kita kena faham dulu perkaranya dan kemudian seperti juga cadangan air free, kita kena letakkan satu nilai angka dalam bentuk RM supaya mudah orang faham nilai sebenar yang ditawar oleh Pas.

Pemimpin Pas duk canang keliling kampung konon mereka akan kecualikan cukai pintu.... dan orang kampung pun bersorak. Yahoooo .... takde cukai pintu  dah ! Cuba tanya , berapa nilai cukai pintu yang mahu dihapuskan Pas itu ? SEMUA orang merasa ke ?

Kalau air 20 meter padu cuma RM11 jer .... cukai pintu pula ? RM1000 ? RM2000 ? Mesti BESAR nilainya untuk Pas jadikan tawaran istimewa mereka, betul tak ?



 Semakan dengan pihak Berkuasa, memberi saya satu angka yang memang besar - RM12juta ! TAPI itu adalah jumlah keseluruhan cukai pintu yang dikutip sepanjang tahun 2011. Kadar yang dikutip adalah antara RM100-RM300 setahun untuk SATU RUMAH, bukan satu orang. 

Kalau dihitung purata sebulan, nilainya cuma lebihkurang RM15 jer !  ( bagi rumah biasa 3-4 bilik )

Untuk pengetahuan, dan yang ini PENTING, yang membayarnya pula adalah TuanPunya Rumah bukan penyewa. Bermakna Cukai Pintu adalah satu bentuk mekanisma dimana yang kaya akan membayar lebih kerana mereka yang punya banyak rumah perlulah bayar lebih banyak cukai. Lebih besar rumah lebih tinggi juga kadar yang perlu dibayar.

Hasil kutipan pula akan digunakan oleh pihak majlis berkuasa tempatan bagi menampung kos pentadbiran. Tanpa hasil cukai pintu, kerajaan negeri perlu mencari sumber kewangan lain bagi menampung kos itu. Sebab itu semasa pemerintahan Pas tahun 1999-2004 antara masalah utama rakyat adalah kegagalan pihak berkuasa tempatan mengutip sampah mengikut jadual dengan kerap kerana mereka tidak mampu hendak membayar kerja lebih masa kepada pekerja2 majlis.

Dan kesannya ..... macam negeri Selangor sekarang ... hehehehe kenapa ek ?

Tindakan mengecualikan cukai pintu sebenarnya boleh dilihat sebagai satu tindakan memberi subsidi yang LEBIH tinggi kepada orang kaya. Yang mendapat lebih keuntungan / penjimatan adalah mereka yang punya banyak rumah dan rumah besar kerana mereka lah yang perlu bayar lebih.

Juga dari sejarah pentadbiran Pas 99-04, disebabkan tindakan2 populis yang tidak kena tempat seperti inilah maka kerajaan negeri tidak punya wang untuk disalurkan kembali kepada rakyat dalam bentuk program2 masyarakat ..... ikutlah nak sebut  program apapun.

Tahukah anda bahawa selama pemerintahan Pas itu, peruntukan Pas untuk sektor Belia dan Sukan cuma RM ? .... cuba teka berapa ...... hehehehe saya sendiri terkejut. Cuma RM10 setahun ! Buat cukup syarat jer .... Aktiviti apa pun takder...

( oya, cukai pintu adalah termaktub dalam Perlembagaan jadi kerajaan Pas tidak boleh sewenangnya nak hapuskan. Apa yang Pas buat adalah mereka tidak kutip. Mengikut undang2 , cukai pintu tersebut dikira tertunggak bukan dihapuskan. )


Jika ada pemimpin Pas yang melaungkan - Jika Pas menang, kami akan berikan AIR PERCUMA dan CUKAI PINTU DIKECUALIKAN, janganlah kita cepat teruja kerana ia boleh diterjemahkan sebagai - Jika Pas menang, kami akan berikan setiap rumah RM11 subsidi air sebulan dan subsidi RM15 bagi cukai pintu setiap rumah sebulan , untuk pemilik rumah saja.

Sekiranya anda tertanya2 kenapa Pas tidak mahu menyebut dalam bentuk RM, inilah sebabnya. Kalau sebut dalam bentuk Retoriks, nilainya BESAR, tapi kalau sebut dalam bentuk RM nilainya jadi kecil.

Taklah hebat mana ..... ciput jer ...

Artikel asal - KLiK
Share this article :

1 comment:

  1. maren aderlh sorg kwan ambe mari dumah,smbil bwk kertas skping dgan sampul srat.ambe bace kertas tu,jmputan untuk perubatan islam.dlam smpul plak adelh menipesto pas,ambe bce jer,dop caye sikit pn..kwan ambe siap g tiap2 rmah kertas dgan smpul srat..derh geng dia ngepeng..

    ReplyDelete

Popular Posts

 
Teganu Hot