Headlines News :
Home » » Pas Dan Pengundi Hantu

Pas Dan Pengundi Hantu

Written By tim cyber teganu on Saturday, 30 March 2013 | 09:24


Salah satu point utama yang sering dimainkan oleh para penceramah Pas dalam sesi2 ceramah mereka di Terengganu adalah isu PENGUNDI HANTU. Ya, isu pengundi hantu yang sering diulang2 dari dulu, kini dan selamanya...

Terbaru Husam Musa sekali lagi membuat tuduhan yang sama di Hulu Besut -

"Dia ambil orang-orang (Umno) Selangor puluh-puluh ribu, dia bawa mari daftar di Terengganu, naik daftar (undi) Terengganu berlipat kali ganda, bila mari pilihan raya tahun 2004.

"Dia mari mengundi di Terengganu, waktu petang balik mengundi di Selangor, SPR khusus untuk Selangor sahaja sambung waktu mengundi sampai pukul tujuh (malam).

"Kerana tu Umno menang di Terengganu, bukan sebab anak Terengganu yang lahir di Terengganu nak tukar kerajaan, (ketika itu) dia start (mula program gelombang biru, konon-kononnya orang (ramai) masuk Umno,"jelas Datuk Husam. - Harakah


BERPULUH RIBU pengundi hantu ? Kenapa setelah hampir 10 tahun berlalu, tidak ada SATU HANTU pun dari BERPULUH RIBU hantu-hantu itu yang telah insaf dan mahu tampil membuat pengakuan - Ya saya mengaku pernah jadi pengundi hantu di Terengganu dulu ...

Kalau orang Pas yang terlibat mungkin saya percaya mereka mampu merahsiakan segalanya dek sebab baiah yang bukan2 .... tapi ini Umno. Umno pun ada pengikut taksub ke ? Pandai pula Umno cari BERPULUH RIBU hantu2 yang taat setia menjaga rahsia ...

Menurut Husam diatas, pengundi2 hantu itu mengundi dua kali, sekali di Terengganu dan sekali lagi belah petang di Selangor.
Logik ke ? 

BERPULUH RIBU hantu pastinya melibatkan beribu bas dan kereta yang bergerak menghala ke Selangor pada hari yang sama .... saya tak pasti apakah ada dilaporkan Hiway Karak yang sesak pada hari mengundi disebelah petang tahun 2004 dulu.

Hmmm ... tidak ada juga walau SATU PEMANDU bas dari RIBUAN BAS yang terlibat pernah tampil dan membuat pengakuan - Ya , saya mengaku pernah mengangkut sekumpulan pengundi hantu ke Terengganu tahun 2004 dulu ... ramai juga pemandu bas orang Umno yang taksub ek?

APA YANG MENARIKnya, pada bulan Disember tahun lepas, Husam ada berkata isu yang sama cuma ada satu perbezaan sikit -
"Pada tahun 2008 Allah telah membalikkan semula dengan memberikan pengajaran bahawa Selangor yang mereka jangka kuat telah berjaya ditumbangkan kerana sebahagian pengundi Selangor terpaksa mengundi di Terengganu.

"Hari ini mereka nak bawa balik semula pengundi selangor yang mendaftar di Terengganu untuk bantu tawan semula Selangor."
KLiK

Hantu2 yang sama mengundi juga di Terengganu pada tahun 2008 tapi waktu itu mereka tak sempat nak balik Selangor sebelah petang untuk mengundi kali kedua ....... sebab itu Selangor tumbang !
Mana satu la dey ?

PRU13 ni macamana agaknya pergerakan BERPULUH RIBU pengundi hantu itu ? Rasanya payah dah diorang nak berkonvoi beramai2 naik beribu bas antara Selangor dan Terengganu pada hari mengundi sebab pastinya ramai orang Pas akan berada disepanjang hiway Karak untuk mengira bilangan bas yang lalu.

Jika mereka tidak lagi mengundi di Terengganu sebab untuk merampas kembali Selangor, pastinya akan ada penurunan mendadak bilangan pengundi di Terengganu.

Bukan Husam sorang yang mendakwa begitu, Hadi juga pernah  bercakap hal yang sama... siap ada video lagi - KLiK

Asal berceramah jer pemimpin Pas akan bercakap tentang pengundi hantu ...... asal ada jer orang bercakap tentang pengundi hantu, mesti pemimpin Pas tengah berceramah !

Takde ke mana2 pihak yang mahu saman mereka ini ... tuntut mereka kemukakan BUKTI wujudnya pengundi hantu ini ?
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Teganu Hot