Headlines News :
Home » » Tun Mahathir - Saya Berasa Amat MALU .... Bila Nik Aziz Terbongkok2 Terima Kek Dari Karpal ! HOT Koleksi Balunan Tun Pada Pas Di Marang 9/3

Tun Mahathir - Saya Berasa Amat MALU .... Bila Nik Aziz Terbongkok2 Terima Kek Dari Karpal ! HOT Koleksi Balunan Tun Pada Pas Di Marang 9/3

Written By tim cyber teganu on Saturday 30 March 2013 | 22:07

Dibawah saya letakkan beberapa petikan dari ucapan Tun Mahathir semasa berucap di Marang pada 9Mac 2013.  Video berserta transkrip penuh akan saya post esok. Memang TERBAIK !

- Kecewa kerana memenangi hanya satu kerusi, ( Pilihanraya tahun 1955 ), maka Pas membuat keputusan untuk mengeraskan lagi serangan mereka terhadap Umno. Maka bermulalah kafir mengkafir oleh Pas terhadap Umno. Kerana apa ? Bukan kerana Islam. Kerana nak cari sokongan untuk menang Pilihanraya saja. Itu sebab yang diadakan isu kafir mengkafir ini. 


- Tidak ada bukti yang mereka berjuang untuk agama. Yang diperjuangkan ialah kerusi. Nak dapat kerusi dalam Pilihanraya. Inilah yang menyebabkan perpecahan berlaku dikalangan orang Islam yang semuanya menganut ajaran Islam yang sama. 

- Nik Aziz kata ... apa sebabnya kita merayakan harijadi Nabi Muhammad ? Kerana ( kata Nik Aziz ) pada masa dia dilahir, dia bukan Nabi. Dia jadi Nabi setelah dia berumur 40 tahun. Jadi tak payahlah kita rayakan Harijadi Nabi, Maulud Nabi ..

TAPI bila Nik Aziz rayakan Harijadinya dengan Karpal Singh,  apakah dia masa dilahir, dikenalkan - Inilah Mursyidul Am Pas !

- Jelas sekali, parti Pas ini tidak sama sekali berjuang untuk Islam. Mereka berjuang untuk dapat kerusi, itu sahaja. Untuk ini mereka sanggup berpeluk dengan Karpal Singh, dengan Kit Siang dan lain2

Kerana itu mesti baik dengan mereka ( rakan Pas ). Kerana itu walaupun mereka buat benda yang salah seperti mendakwa bahawa kalimah Allah boleh digunakan siapa saja .... namun pemimpin Pas sanggup diraikan dengan majlis2 (seperti )   Harijadi Nik Aziz.

Dulu kita tak mimpi orang Pas akan berbuat demikian .. tetapi kerana kepentingan politik, tak apa... apapun boleh buat asalkan dapat undi daripada orang yang boleh menentukan nasib mereka. 

- Sebab itu kita lihat, walaupun Karpal Singh berkata bahawa Langkah mayatnya kalau nak diri negara Islam diMalaysia ini, tapi Nik Aziz nampak terbongkok2 menerima kek daripada Karpal Singh !

Saya berasa amat malu ...... Ini orang yang kononnya ulama, berserban, berjanggut tetapi kerana nak dapat undi, tolak orang Islam lain untuk nak terima orang yang menolak Islam sebagai agama resmi kita. Inilah masalah apabila orang itu dah jadi begitu tamak !

- Sebenarnya walaupun mereka nampak warak, boleh keluar ayat2 Quran, tapi kita juga tahu ramai yang tak patuh kepada ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Quran. Jangan kita percaya semata2 kerana mereka pandai berhujah. Sebaliknya lihat perbuatan mereka.


- Saya hairan... orang yang dulu masa Anwar ada dalam Umno, memanggil Anwar dengan nama gelaran yang cukup enak, tapi sekarang ni bekerja sama dengan Anwar. Mat Sabu dulu dalam ucapannya memberi nama yang TEPAT kepada Datuk Seri Anwar.... tapi sekarang ni berpeluk2lah. Pasal apa ? Pasal undi !

Mat Sabu ler ni dipindah kekawasan selamat. Dia tak berani duduk dikawasan tak selamat. Kalau dia betul dapat sokongan, duduklah di manapun, boleh menang.

- Kita lihat di Kelantan umpamanya, pengakuan pemimpin Pas bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa saja........ kerana apa ? Kerana nak dapatkan undi. Kerana undi, apapun boleh dijual. Agama pun boleh dijual.

Sedangkan kita dilarang daripada menjual ayat2 dalam alQuran, tapi mereka menyebut ayat dalam Quran dan selepas itu mereka menjual untuk mendapat kepentingan didunia ini.

- Kalau mereka janji kononnya sokong mereka, kita akan pergi ke syurga, saya cuma nak minta Nik Aziz pergi dulu, balik bagi laporan kat saya. Bukan saya nak suruh dia mati, daaaak.... cuma nak suruh pi... balik la.

Suruh bagi tahu kat saya , sebab dia cerita benda yang dia tahu orang tak boleh nak tentukan betul atau tidak. Perbuatan macam ini adalah penipuan ! Orang yang berserban, berjanggut bercakap berbuih-buih dengan ayat-ayat Quran sanggup buat dakwaan palsu berkenaan dengan agama Islam.

PS -  Tun bercakap di lubuk Pas tuh ... 5 minit jer dari Kampung Rusila.... 
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Teganu Hot