Kita sering bertanyakan orang Pas apakah
dan dimanakah yang dikatakan kerajaan sekarang ini ZALIM, kan ? Pada
pemikiran kita, tergambar kezaliman dalam bentuk fizikal sepertimana
yang sering kita lihat berlaku dinegara2 luar dimana rakyatnya JELAS
kita lihat sedang menderita. Selalunya kita ingat hujah sebegitu mampu
mengubah persepsi ZALIM yang ada dalam kepala mereka ..... minta maaf
la, mereka tetap juga tuduh kerajaan ZALIM !
Biasanya mereka akan menjawab - ZALIM
itu maksudnya meletakkan sesuatu bukan ditempat yang ditetapkan Allah -
atau menafikan hak rakyat seperti contoh favoret mereka iaitu tuntutan
Royalti oleh Pas Kelantan. Itu ZALIM tahap tertinggi bagi orang Pas.
Kerajaan BN ZALIM kerana tidak mengikut alQuran dan Hadis, menolak Hudud bla bla bla ..... macam biasalah.
ZALIM pada orang Pas TIDAK SAMA
maksudnya dengan zalim pada orang biasa. Zalim pada kebanyakan orang
diDUNIA ini merujuk kepada fizikal, kesengsaraan zahir dan batin. Hak
kebebasan sepenuhnya yang dinafikan kerajaan juga dikatakan zalim tapi
perkara sama yang dilakukan oleh kerajaan Singapura tidak pula mereka
labelkan sebagai zalim.
Jadi perdebatan mengenai maksud kerajaan yang ZALIM juga tidak kemana ..... kerana zalim Pas itu lebih berbentuk Retoriks.
Kebetulan tadi saya terbaca satu posting
di FB Paspusat yang copy dari FB dewanulamapas, yang saya percaya
menjadi rujukan mereka untuk menjustifikasikan betapa kerajaan BN ZALIM -
Ingatan
kepada golongan yang melakukan kezaliman ke atas orang lain ... zalim
bererti anda meletakkan sesuatu bukan ditempat yang ditetapkan oleh
Allah s.w.t (termasuklah tidak menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai
panduan kehidupan di dunia ) ... semoga Allah menghindari kita daripada
perlakuan zalim ... Amin Ya Robbal 'Alamiin .. semoga Rahmat Allah ke
atas kita semua .
Terusterang,
saya memang tak tinggi ilmu agama tapi saya tetap merasakan ada yang
tak kena dengan TERJEMAHAN PAS kerana saya tidak dapat terima sebarang
terjemahan yang membenarkan PERPECAHAN Umat..... maksud saya, pasti ada
lagi syarat2 yang ketat sebelum kita dibenarkan menentang sesama Islam.
Tidak semudah sepertimana yang cuba digambarkan oleh posting diatas.
Jadi saya bertanya kepada yang lebih mahir dan ternyata persoalan saya ada asasnya !
Ayat diatas TIDAK bermaksud sebagaimana yang admin FBdewanulamapas cuba gambarkan. Ia BUKAN merujuk kepada kepada golongan yang melakukan kezaliman ke atas orang lain TAPI merujuk kepada golongan yang MENZALIMI DIRI SENDIRI kerana melakukan perkara2 mungkar dan meninggalkan suruhan Allah.
Jauh lari dari maksud asal ayat itu diturunkan !
Dan terjemahan TAMBAHAN yang dilakukan Pas seperti yang didalam kurungan - ( penindasan ) tidak
terdapat pada terjemahan asal ayat tersebut. Tambahan itu serta
penerangan Pas mengenai Surah Ibrahim ayat 42 ditulis sebegitu rupa
supaya selari dengan agenda mereka.
Mungkin ada yang lebih berpengetahuan dapat berikan pandangan anda pula.
Artikel Asal - KLiK
Home »
» Kerajaan ZALIM - Bila Pas Terjemah Ayat Quran Mengikut Agenda Mereka !
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !