Headlines News :
Home » , » Pas Mempergunakan Ayat Quran Demi Kepentingan Politik - Masuk Pas = Masuk Syurga

Pas Mempergunakan Ayat Quran Demi Kepentingan Politik - Masuk Pas = Masuk Syurga

Written By tim cyber teganu on Monday 22 April 2013 | 03:18


Ini adalah gambar pintu gerbang yang boleh anda lihat ketika mahu memasuki salah sebuah kampung di RuRendang Marang.



Ia diambil dari Surah Al-Hijr Ayat 46 -


Ia jelas merujuk kepada Syurga yang dijanji Allah kepada orang2 yang bertaqwa.

Persoalannya - Apakah MOTIF Pas meletakkan ayat diatas pada pintu gerbang itu ? Adakah ia merujuk kepada kampung itu ATAU merujuk kepada parti Pas ?

Kedua-duanya boleh dipertikaikan kewajarannya. Pertama kampung yang dimaksudkan terlalu amat jauh jurangnya kalau mahu disamakan dengan syurga !

Seperti mana kampung2 lain di DUN RuRendang, jalannya masih banyak yang tidak bertar, sistem perparitan dan kumbahan yang tidak teratur ..... anda boleh bayangkan sendiri .

Walaupun nama kampung terkenal sebagai kubu kuat Presiden Pas yang menjadi wakil rakyatnya selama beberapa penggal juga pernah menjadi Menteri Besar Terengganu untuk sepenggal, namun malang bagi penduduk kampung kerana mempunyai seorang pemimpin yang langsung tidak ambil peduli akan tanggungjawabnya selaku wakil rakyat.

Jika beginilah contoh konsep Negara Berkebajikan yang cuba dibawa oleh Presiden Pas, alangkah malangnya nasib negara ku yang tercinta jika ditakdirkan Pas memerintah !

Keduanya, jika ayat itu merujuk kepada parti Pas, ia seperti memberi gambaran bahawa memilih Pas bermakna anda akan dijamin masuk syurga ! 

Yang ini saya rasa tidak perlulah dihuraikan lebih lanjut kerana semua pun sedia maklum betapa jauh larinya cara yang dibawa oleh kepimpinan dan juga orang2 Pas dari cara yang diajar oleh Rasulullah.

Apa yang dapat disimpulkan, ayat yang tertera dipintu gerbang diatas tidak lain hanyalah satu penipuan secara cara halus kearah memesongkan akidah umat Islam dan tidak lebih dari bersifat POLITIK semata2 dimana Pas menyalahgunakan agama demi kepentingan politik.

Tidak hairanlah jika ahli2 Pas ramai yang kekal TAKSUB dengan politik kepartian mereka !
Share this article :

2 comments:

  1. Ayat suci al Quraan ada keagongannya.

    SURAH AL-HIJR PERLU DIBAWA BETURUTAN UNTUK MENDAPAT PENGERTIAN YANG MENYELURUH, TIDAK DIBACA SEKERAT-SEKERAT...........

    (43). "Dan Sesungguhnya neraka jahannam itu, tempat Yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).

    (44). "Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian Yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".

    (45). Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa adalah ditempatkan di Dalam beberapa taman syurga, Dengan matair-matair terpancar padanya.
    (46). (Mereka dipersilakan oleh malaikat Dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya Dengan Selamat sejahtera serta beroleh aman".

    (47). Dan Kami cabut akan apa Yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

    dibaca, ditafsir dan digunakan seumpama terpapar dipintu gerbang dengan hasrat dan tujuan menaikkan mertabat kesucian adalah baik.

    HARI ini telah berlaku mempamir ayat suci tersebut dengan tujuan politik dan niat tersembunyi memesongkan mereka yang tidak mahu menyelidik apa yang mereka lihat diluaran sahaja.

    Wak sung.



    ReplyDelete
  2. Sah PAS adalah Parti Ajaran Sesat atau Parti Anak Syaitan atau Parti Artis SeMalaysia..... betul tak Din. Marang

    ReplyDelete

Popular Posts

 
Teganu Hot