Headlines News :
Home » » Manifesto Pas - Air Percuma

Manifesto Pas - Air Percuma

Written By tim cyber teganu on Saturday, 30 March 2013 | 22:07

Apa komen Datuk tentang Manifesto Pas Terengganu baru ni ? 5+5 tuh ! PRU13 entah bila ntah, Pas Ganu keluar dah Manifesto ... Diorang nak bagi air free lah, dia ...

Din, semua tuh Propa je lebih. Bukannya besar sangat pun cuma cara Pas mempakejkannya saja yang buat manifesto mereka tampak hebat sangat. Saya akan patahkan satu-satu ..... sekarang ni, Pas nak beli undi rakyat Ganu dengan harga RM11 jer !

( Mamat Datuk ni cerita apa pulak Rm11 ni ? ) Maksud Datuk ?

Tuh.... janji air percuma, 20 meter padu, bukannya banyak sangat pun. RM11 jer ! Itu pun untuk satu rumah. Orang kaya miskin semua samarata, tidak dibezakan. Mereka hanya sebut Pas beri air percuma, kemudian disebut sekali je sebanyak 20 meter padu. Rasanya berapa ramai yang dapat bayangkan banyak mana 20 meter padu itu ?



 Hmmmm ... betul juga. Sebenarnya banyak mana yang percuma itu ? Sekali mandi berapa meter padu ? Mana saya tahu ! Ada orang mandi sekejap jer, ada orang mandi sampai lebih sejam, ada orang masuk bilik air sejam tapi buka paip 2 minit jer ! Jadi susah nak bayangkan ....

Tapi kalau disebut nilainya cuma RM11 sebulan untuk satu rumah .... baru jelas sikit. Kenapa Pas tak sebut jer begitu ? Kalau tuan2 undi Pas, Pas akan beri setiap rumah RM11 setiap bulan !

Hehehehe .... sikit tak gempak ! Kalau satu rumah tu ada anak 10 orang, percuma tetap juga RM11 nilai airnya. Sorang cuma RM1.10 sebulan ....laaaaa.. Tapi orang kampung duk sebut, Pas bagi air percuma ! Adakah Pas menipu ? TAK ! Pas tak tipu, Pas cuma cakap 20 meter padu air Free. Fuyooooo..... banyak tuh ...

Bila dah ada nilai untuk dibandingkan, senanglah sikit. Kerajaan bagi bantuan SETIAP murid sekolah RM100 ... kalau 10 anak dah RM1000, belum campur BR1M, belum campur wang ehsan TAPI entah macamana orang kampung masih agungkan 20 meter padu air percuma !

20 meter padu air PERCUMA ! Fuyooooo ....... Takut bila orang kampung punya anggapan bahawa AIR PERCUMA, mereka akan semakin membazir penggunaan air jer. Dari bil RM40 sebulan ia akan jadi RM60 sebulan walaupun setelah ditolak 20 meter padu air percuma tadi ..... yalah, mereka ingat air percuma. Saya harap Pas dapat bercerita yang sebenarnya hal ini supaya rakyat tidak salah faham.

Satu lagi, rakyat pun tak sedar yang kerajaan juga beri setiap rumah RM20 bil letrik percuma ! Itu lebih menepati sasaran membantu keluarga miskin. Semakin kaya satu keluarga itu, semakin banyak peralatan letrik yang digunakan. Letrik bukan macam air yang penggunaannya semudah buka paip.

Ya ke ? Hehehe ... saya sendiri tak tahu fakta ini ! Takde pun kerajaan hebohkan padahal perkara itu SUDAHpun dilaksana dan rakyat pun SEDANG menikmatinya .... ni yang 20 meter padu air yang belum tentu lagi dapat, dah heboh diperkatakan...

Artikel Asal - KLiK
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Teganu Hot