Headlines News :
Home » » Manifesto Pas - Sekolah Agama

Manifesto Pas - Sekolah Agama

Written By tim cyber teganu on Saturday 30 March 2013 | 22:08

Hasrat Pas untuk menambahkan lagi sekolah menengah agama negeri disetiap daerah sepertimana terkandung dalam Manifesto No 9 Pas seharusnya disokong.  Malah saya juga akan sokong sekiranya SEKARANG Pas menuntut perkara yang sama dari kerajaan negeri, dengan syarat disertai dengan permintaan yang mencukupi  dari rakyat.

Kalau tak silap terdapat 13 buah sekolah menengah agama diTerengganu dan pencapaian mereka dibidang akademik adalah antara yang terbaik diTerengganu. Mungkin juga kerana syarat kemasukannya agak tinggi. Jika benar masih ramai yang tidak dapat belajar disekolah agama kerana kekurangan tempat, diharap Pas dapatlah kemukakan fakta yang ada.

Maksud saya, tidak perlulah tunggu nak menang PRU13 baru nak diwujudkan kerana ia adalah untuk kepentingan ummah. Takpelah kalau selepas itu Pas nak mengambil kredit 'Atas desakan Pas' maka baru ia dilaksanakan. Kalau tak menang padahal keperluan itu mendesak ? Perkara baik sebegini janganlah dipolitikkan.


 NAMUN saya takut akan 2 perkara jer, dan ini bukan main teka-teka tapi BERDASARKAN SEJARAH semasa pemerintahan Pas 99-04.

1 - Umpama si Ayah yang korek tabung duit Raya anak untuk buat joli ! Ok, ok... agak keterlaluan tuh hehehe .... Persediaan Pas sebagai Punca Pendapatan Kerajaan Negeri.

Sejarah menyaksikan kerajaan Pas telah mengarahkan 12 sekolah menengah agama yang menerima peruntukan wang ihsan supaya menyerahkan sebahagian besar dari wang itu kepadanya ! ( Baca artikel utusan bertarikh 23 januari 2002 dibawah )

Bayangkan....setiap sekolah menerima RM1.4 juta dan Pas arahkan supaya kekalkan antara RM30ribu hingga RM170ribu sahaja sementara bakinya diserahkan kepada kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Dari segi jumlah pula, Pusat beri RM17.2 juta kepada sekolah2 menengah agama Terengganu, kerajaan Pas kata, korang pegang RM1.2 juta jer dan RM16juta bagi aku pegang.

Maknanya, lagi banyak sekolah agama, lagi banyak pendapatan ! Dan tindakan ini termasuk juga Kolej TATI.

Sedangkan dulu pun tak terjaga apa yang ada , ni nak tambah lagi .....

2 - Menyenangkan anak-anak orang Pas yang tidak cukup kelayakan memasuki sekolah agama yang tinggi syarat kemasukannya dengan menggunakan syarat baru iaitu KES KHAS. Ini dilakukan oleh Pas dalam kes KUSZA atau sekarang dikenali sebagai UNIZAR.

Berkait rapat adalah Manifesto No 10 iaitu mewujudkan semula IPT Islam yang mengutamakan anak-anak Terengganu.

Saya difahamkan suatu ketika semasa Pas memerintah, kualiti pendidikan di KUSZA jatuh merudum bila kepimpinan Pas masuk campur dalam pengurusan Kusza dengan memberi kelonggaran kepada para pelajar dari KUDQI dan Sekolah Hj Hadi Rusila untuk layak masuk walaupun TANPA KELULUSAN SPM ! Mereka wujudkan kategori KES KHAS untuk kes-kes begini.

Benarkah cadangan Pas ini untuk Rakyat Terengganu ATAU untuk anak2 ahli Pas ?

Dan siapa pula yang perlu menanggung kos pembinaan dan kos pengurusan IPT baru itu kelak ?


Terengganu arah 12 sekolah agama serahkan wang ihsan

KUALA TERENGGANU 21 Jan. - Kerajaan Pas Terengganu telah meminta 12 buah sekolah menengah agama yang menerima peruntukan wang ihsan sebanyak RM17.2 juta tahun lalu supaya menyerahkan kepadanya mulai esok.

Daripada jumlah itu, sekolah-sekolah berkenaan hanya dibenarkan menyimpan RM1.2 juta sahaja.
Utusan difahamkan arahan itu dikeluarkan beberapa hari lalu.

Wang itu yang diterima daripada Kementerian Pendidikan difahamkan perlu dikembalikan kepada kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Menurut sumber-sumber, jumlah yang dikekalkan di setiap sekolah ialah di antara RM30,000 hingga RM170,000 walaupun masing-masing menerima RM1.439 juta.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Lanjutan Teknikal Terengganu (Tati), Prof. Dr. Mohd. Zaki Abdul Muin dipecat oleh kerajaan negeri kerana dikatakan enggan menyerahkan wang ihsan yang diterima oleh institut itu kepada kerajaan negeri.

Kerajaan negeri bagaimanapun menafikan dakwaan Zaki itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Negeri, Harun Taib ketika ditemui petang semalam mengesahkan tindakan kerajaan negeri.

Katanya, semua gaji dan perbelanjaan sekolah selama ini ditanggung oleh kerajaan negeri dan wang yang perlu diserahkan itu akan dikembalikan semula sekiranya diperlukan.

``Sebagaimana amalan yang lepas, sekolah-sekolah menyimpan wang itu dengan kerajaan.

``Pihak sekolah boleh mengemukakan rancangan dan keperluan kepada JHEAT untuk membuat tuntutan pada bila-bila masa,'' ujar beliau.

Katanya, kerajaan negeri mengakui bahawa wang itu adalah hak sekolah dan tidak akan menggunakan wang itu untuk kepentingan lain melainkan pendidikan.

Utusan difahamkan kerajaan negeri pada penghujung tahun lalu mengarahkan semua institusi pendidikan yang menerima wang ihsan menyerahkan cek yang diterima kepada pentadbiran negeri dengan segera.

Selain Tati, Pusat turut menyalurkan peruntukan secara terus kepada 13 institusi lain termasuk Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan sekolah-sekolah agama negeri.

Artikel Asal - KLiK
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Teganu Hot